"Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam
sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk"

PENGUMUMAN

Thursday, March 5, 2009

LembaRan Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah
Agung cintanya pada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w
Hartanya diperjuangkan Fisabilllillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah & senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah
Isteri Rasulullah s.a.w yg bijak
Pendorong dalam perjuangan, dalam kesusahan & penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan perintah Allah
Taat dengan ayahandanya,Rasulullah s.a.w
Taat dengan suaminya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita Penghulu Syurga.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkan jiwaku
Setabah bonda Nabi Ismail
Mengendong bayinya yg masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di bawah terik padang pasir merekah
Ditinggalkan suami, akur tanpa bantah
Pengharapannya teguh, hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar.

Kini kurela menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.


0 comments:

About This Blog

About This Blog

  © Dibangunkan Oleh mann_muslimz by Sanubari_Hati.com 2009

KEMBALI KE ATAS