"Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam
sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk"

PENGUMUMAN

Sunday, November 8, 2009

YeAa...... PuLang MaLaysia....

Assalamualaikum....

hmm.... pe kena la gan tajuk tuh ea... bila plak duk oversea... jauh pun setakat pahang je.... tetba balik msia... sj je nk cnfiuskan owg... hehehe....

ok, sebenarye... de insan tersayang pulang ke msia 11hb nie... haaa... sape ea....
of course la tunang tersayang.... Alhamdulillah akhir ye tunang tersayang bakal pulang ke msia.... agak lama dia belajar dimesir, dalam masa yang sama bapa saudara aisya pun akan pulang dri Australia.. semoga kalian sume akan selamat sampai ke malaysia...

pas nie ley la wat kenduri doa selamat.... tahniah buat tunang tersayang di atas kejayaan yang diperolehi.... akhirnya dapat jgak pulang malaysia...

p/s: jaga diri baik2 ye....
jangan lupe pasport n tiket..... xde tuh, xdpt la balik....
seeeeee u @ msia ya..... =)

Read more...

Akhirnya DipLomaku....

Assalamualaikum w.b.t...

setelah sekian lama... akhir ye malam nie dapat jugak aisya updte blog yg tah pe2 nie... hehehe
Alhamdulillah, di saat ketika nie aisya sedang berjuang menghadapi final last year tuk diploma... Bagi aisya agak sukar kerana kos yang aisya pilih mempunyai dua dua cabang iaitu kos syariah dan undang2 di malaysia... kos undang2 yg membuatkan sbjek mjadi giler.... Alhamdulillah berkat tunjuk ajar yang diberikan oleh lecture aisya ambilnya dengan penuh perhatian walaupun xminat pada sesetengah subjek tuh...
sudah last sem tapi banyak subjek yang diambil.... ade plak subjek usahawan...hehehe...
dah la x minat, tp pe pun terpaksa la belajar jugak sbb ianye penting tuk masa depan... mana la tau nk jadi usahawan... hehehe.... =)

terlalu banyak suke duke bersama2 kawan2 di kolej... thx kwan2 yang ku sayangi... semoga ukhwah kite bersama akan kekal bersama selamanya...
kemana hala tuju kite selepas nie pun belom tau lagi... moga2 kite masih berpeluang untuk sambung lagi bagi mek ijazah sarjana muda pulak....

haaaaaa.... buat kwan2 yang nak pergi indon tuh... semoga kalian sume sukses selalu ye... aisya tiiingin jugak nak g... tapi atas sebab tertentu terpaksa la batalkn niat untuk kite belajaar sama2 lagi.... mne tau de rzky, kite ley bljar sama2 lagi....
sayang kowg sume.... =)

^_^

Read more...

Sunday, September 13, 2009

Sepi tAnPa pErkHaBaRAn dAriMu... =(

Sedih, sayu, pilu hati ini bila terkenangkan pe yang ku alami sekarang nie.. dirimu pergi tanpa khabar berita.... diriku hanya mampu berdoa mega dirimu selamat, sihat selalu dismping menunaikan ibadat di tanah suci mekah....

kekecewaan tidak dapat digambarkan apabila setiap hari menunggu perkhabaran darimu...
semakin hari, semakin menjelang aidilfitri... terase sunyi apabila raya taun nie dirimu tiada seperti selalu...

bersempena dibulan mulia nie...
ku mohon sepuluh jari memohon keampunan darimu andai diri ku ada membuat salah, kesilapan sepanjang perhubungan kite...

Salam riindu yang teramat buat dirimu...
~dari tunang tercinta~

Read more...

Saturday, September 5, 2009

D`iRimU t`ErLaLu istiMewA....

Assalamualaikum w.b.t.....

Posting kali ini amat bermakna buat diriku.... Maapkan aisya andai diri ini tidak seperti yang dirimu ingini... first sekali ucapan ribuan kemaafan ke hulurkan buat tunang ku tersayang yang berada di perantauan... harapanku moga dirimu sentiasa berada dibawah rahmat-Nya dan semoga diri mu selamat n sihat ketika ini... doaku moga dirimu selamat pulang ke malaysia... Amiien....

Sejak diriku bergelar tunang kepada dirimu, banyak sangat dugaan dan cabaran yang kite tempuhi bersama... aisya tidaklah sekuat seperti dirimu...maksud aisya semangat, kesabaran dalm menempuh ujian... tapi diri ini cube buat yang terbaik untuk menjaga perhubungan kite...

Segala susah senang, banyak kite tempuhi bersama.... dirimu amatlah teristimmewa dalam hidupku... dirimu juga sentiasa memberi semangat, bimbingan serta tunjuk ajar supaya diriku menjadi wanita solehah..semoga sume yang aisya perolehi selama ini sentiasa aisya praktikan dan istiqamah dalam melakukannya...

Selama kami bertunang, tidak ade sape pun pernah melihat tunang aisya, kecuali sahabat2 terdekat aisya dan family... sekali pun bertunang, kami belum pernah berjumpa... Alhamdulillah...aisya bahagia sangat bersama tunang tersayang..... harapan kami bersama, semoga kami cepat disatukan sebagai suami isteri yang sah da berkekalan hingga akhir hayat... Amiiiiiien...

Hadiah yang paling terindah dan istimewa buat diri aisya apabila dirimu sentiasa berada disisi memberi semangat dalam apa jua perkara.... ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menghadiahkan sebuah notebook yang sangat comey semasa bufday aisya yang lepas...


p/s : maapkan aisya untuk segala2nya...
luahan hati yang lahir dari hati aisya sendiri...
sanubari-hati.blogspot.com

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Selamat Meyambut Ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t,


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1430. Semoga ramadhan tahun ini lebih cemerlang dan bermakna daripada tahun-tahun yang terdahulu.

Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila tiba Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” (Riwayat Muslim:1793)

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi s.a.w., beliau bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya lalu. (Riwayat Muslim:1268)

Selamat Berpuasa buat seluruh umat Islam...

Read more...

Kesan Bergaduh dan Bertekak Kepada Diri Sendiri

Anas Bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf hassan. Menurut Sheikh Muhammad Nasirudin Albani, seorang pakar hadith abad ke-20, hadith ini bertaraf sahih.

Perdebatan biasanya akan mencerminkan ‘true color’ seseorang. Di kaca mata pihak ketiga, orang lain akan melihat bagaimana “hodoh”nya atau hebatnya akhlak mereka yang berbalah. Ada mereka yang berbalah mengikut hawa nafsu. Ada yang bersabar.

Saya mengasihani mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk perbalahan sia-sia. Orang akan menilai akhlak kita dan meletakkan satu label negatif pada diri kita. Seterusnya akan memberi kesan kepada pergaulan dengan orang-orang di sekeliling.

Ibnu Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” [2]

Biasanya perbalahan yang sia-sia akan membuahkan kata-kata keji antara kedua-dua pihak. Lalu kata-kata keji itu akan memberi kesan kepada “status” keimanan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil kisah tentang keimanan diri sudah tentu tidak akan memperdulikan sabda nabi ini. Berbeza dengan mereka yang begitu mengambil berat dengan sabda-sabda nabi, sepatah dua sabda sudah memadai dan dipandang serius.

Ada baiknya kita meninggalkan perbalahan sia-sia dalam semua hal. Perbalahan yang sia-sia adalah sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada agama, baik agama diri sendiri atau orang lain. Abu Hurairah ada menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, “adalah termasuk kebaikkan pada agama seseorang, apabila dia meninggalkan sesuatu yang tidak berfaedah.” [3]
Wallahu’alam
.
.
.
[1] http://hadith.al-islam.com Sunan Tirmizi : 1916 (Tirmizi :hassan; Albani : sahih)
[2] http://hadith.al-islam.com Sunan Tirmizi : 1900. (Tirmizi :hassan gharib ; Albani : sahih)
[3] http://hadith.al-islam.com Sunan Tirmizi : 2239.
Menurut Imam Tirmizi hadith ini bertaraf gharib. Menurut Sheikh Albani, ia bertaraf sahih. Hadith ini juga diriwayatkan di dalam Muwatta Imam Malik dari Ali Bin Abi Talib (#1402).

Read more...

Thursday, March 5, 2009

AYAT KURSI JAUHI SYAITAN

Ayat kursi jauhi syaitan:
Firman Allah s.w.t: “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.
Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha besar. - (al-Baqarah: 255)

Sayyid Qutub berkata: “Sesuai dengan pembicaraan mengenai perselisihan dan pergaduhan yang berlaku selepas para rasul dan mengenai kekafiran selepas datangnya keterangan-keterangan yang jelas dan selepas beriman, maka diiringi pula dengan sebuah ayat yang mengandungi asas-asas kefahaman dan kepercayaan keimanan. Ia menyebut sifat-sifat Allah yang menjelaskan konsep wahdaniyat.

Ayat ini adalah sebuah ayat yang amat besar dan amat mendalam makna dan maksudnya dan amat luas bidang dan ruang lingkupnya.
Kata Sayyid Qutub lagi: “Setiap sifat daripada sifat-sifat ini mengandungi asas dari asas-asas kefahaman dan kepercayaan Islam yang semesta. Walaupun ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Mekah pada umumnya berlegar di sekitar pembinaan kefahaman dan kepercayaan ini.

“Namun di dalam ayat-ayat al-Quran yang diturunkan di Madinah juga kita dapat menemui di dalam berbagai-bagai kesempatan pembicaraan mengenai maudhu’ yang pokok dan penting ini.
“Iaitu maudhu’ yang menjadi asas seluruh sistem hidup Islam dan sistem itu tidak akan tegak di dalam hati kecuali tegaknya asas itu dan kecuali asas itu jelas dan berubah kepada hakikat-hakikat yang diterima oleh hati dengan penuh kejelasan dan keyakinan.
“Setiap sifat dari sifat-sifat yang terkandung di dalam ayat ini melambangkan asas kepercayaan Islam yang jelas dan asas sistem hidup Islam yang terang.”

Firman Allah: Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia.
Sayyid Qutub berkata: “Inilah konsep wahdaniyat yang tegas, yang tidak memberi ruang kepada sebarang penyelewengan dan kekeliruan sebagaimana yang berlaku kepada agama-agama yang terdahulu selepas kedatangan rasul-rasul seperti kepercayaan triniti atau mengesakan tuhan yang direkakan oleh dewan-dewan gereja selepas Musa a.s”.
Ia juga tidak memberi ruang kepada sebarang kekeliruan sebagaimana yang berlaku kepada kepercayaan-kepercayaan wahdaniyat yang cenderung kepada konsep tauhid yang disalutkan dengan dongeng-dongeng seperti kepercayaan orang Mesir purba terhadap wahdaniyat Allah s.w.t. Kemudian mereka salutkan wahdaniyat itu dengan kepercayaan bahawa tuhan menjelma pada matahari dan kepercayaan adanya tuhan-tuhan kecil yang tunduk kepadanya.

Konsep wahdaniyat yang tegas dan jelas inilah yang menjadi asas kefahaman dan kepercayaan Islam dan dari asas kepercayaan inilah lahirnya seluruh sistem hidup Islam.
Daripada kefahaman dan kepercayaan inilah lahirnya konsep bertawajjuh kepada Allah Yang Maha Esa dengan Ubudiyah dan amal ibadat. Dengan erti seseorang itu tidak memperhambakan dirinya melainkan hanya kepada Allah dan tidak melakukan ibadat melainkan kerana Allah dan mengikut perintah Allah.

Oleh itu hanya Allah sahaja yang berhak mengatur undang-undang bagi manusia dan perundangan manusia mestilah mengambil dari syariat Allah sahaja. Mana-mana tradisi atau peraturan yang bertentangan dengan syariat Allah adalah tidak mempunyai sebarang hak undang-undang (legaliti) dan sebagainya dari perasaan-perasaan di dalam hati atau peraturan-peraturan di dalam kehidupan dunia yang terkeluar dari konsep wahdaniyat.

Firman Allah: Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya?"
Al-Maghari berkata: “Allah sekali-kali tidak tidur begitu juga mukadimah kepada tidur yang membawa kepada mengantuk dan sebagainya. Begitu juga segala makhluk di bumi dan langit di bawah kekuasaan-Nya mesti tunduk kepada takdir qada-Nya. Disinilah yang menunjukkan sifat uluhiah-Nya.

“Seterusnya Allahlah yang bersifat keesaan dalam kerajaan dan penguasaan. Yang lain tidak berhak mendapat syafaat kecuali dengan syafaat dan izin-Nya”.
Firman Allah: Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Al-Nasafi berkata: “Allah mengetahui sebelum mereka dan selepas mereka. Digunakan ganti nama pada langit dan bumi seperti untuk yang berakal. Ini kerana terdapat di dalam dunia ini mereka yang berakal seperti manusia”.

Firman Allah: Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Al-Baghawi berkata: “Iaitu memenuhi dan ulama telah khilaf berkenaan dengan perkataan ‘Kursi’”.
Al-Hasan berpendapat dengan Arasy. Sedangkan Abu Hurairah berpendapat ia bermaksud ‘tempat yang diletakkan dihadapan Arasy’.
Ibnu Jauzi menyebut: “Dikehendaki dengan kursi ialah ilmu Allah seperti riwayat Ibnu Jubair daripada Ibnu Abbas”.

Oleh kerana ayat ini dikenali ayat kursi dan mempunyai banyak kelebihan dan fadilat. Justeru penulis menyebut kelebihannya:

Pertama: Ayat kursi merupakan ayat yang paling besar dan agung dalam kitab Allah seperti riwayat Muslim.

Kedua: Syaitan tidak mendekati sesiapa yang ingin tidur pada malamnya dengan membaca ayat kursi. Iaitu dalam pemeliharaan Allah seperti riwayat Al-Baghawi.
Ketiga: Siapa yang membaca ayat kursi pada waktu pagi dan dua ayat daripada awal ‘Haa’ ‘Miim’ nescaya dipeliharanya pada hari tersebut hingga ke petang. Begitulah siapa yang membacanya pada waktu petang dipeliharanya sampai waktu pagi.

Iktibar Ayat:
* Besarnya kekuasaan Allah s.w.t.
* Sifat Allah s.w.t. yang tidak mengantuk dan tidur yang bersifat Maha Qayyum dengan sendirinya.
* Fadilat beramal dengan ayat kursi

>> Artikel ini diambil dari keratan utusan malaysia 5/3/2008.
Sem0ga kite memperolehi manfaatnya bersama. ^_^

Read more...

CERMIN DIRI

Orang rasa kita syaitan, kita marah, sedangkan memang kita memiliki sifat-sifat syaitan.
Cuba semak diri kita apakah kita :

Orang bakhil yang amat cintakan hartanya ?
Seorang yang kagum dengan diri sendiri dan sangat riak ?
Seorang yang pemarah, cepat marah dan suka marah-marah ?
Seorang yang pendendam, dan menyimpan hasad dengki dalam diri ?
Seorang yang alpa kepada suruhan perintah Allah dan tinggalkan larangan-Nya ?
Seorang yang suka bermegah-megah dengan barang berhias, kecantikan mahupun anak-anak ?

Jika jawapan YA ……..
Memang benarkah kita syaitan.
Bersamalah kita renungi bersama.

Read more...

LembaRan Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah
Agung cintanya pada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w
Hartanya diperjuangkan Fisabilllillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah & senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah
Isteri Rasulullah s.a.w yg bijak
Pendorong dalam perjuangan, dalam kesusahan & penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan

Mengalir airmataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan perintah Allah
Taat dengan ayahandanya,Rasulullah s.a.w
Taat dengan suaminya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita Penghulu Syurga.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkan jiwaku
Setabah bonda Nabi Ismail
Mengendong bayinya yg masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di bawah terik padang pasir merekah
Ditinggalkan suami, akur tanpa bantah
Pengharapannya teguh, hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar.

Kini kurela menjadi wanita solehah
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah.


Read more...

About This Blog

About This Blog

  © Dibangunkan Oleh mann_muslimz by Sanubari_Hati.com 2009

KEMBALI KE ATAS